Wednesday, 20 October 2010

Masjid Ar Rahman


MUKA HADAPAN


SEJARAH PENUBUHAN DAN KEGIATAN MASJID KARIAH SAYA


DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU551

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA          : NORAZMI BIN AHSANI
NO. MATRIK  : 2009553949
KUMPULAN    : BMB2AC

PROGRAM:
SARJANA MUDA PENGAJIAN PERNIAGAAN (KEPUIAN) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BM223)

TARIKH HANTAR:

21 OKTOBER 2010





ISI KANDUNGAN

TAJUK :
SEJARAH PENUBUHAN DAN KEGIATAN MASJID KARIAH SAYA

ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENDAHULUAN
KONSEP
HURAIAN
PENUTUP
RUJUKAN



ABSTRAK


TAJUK :
SEJARAH PENUBUHAN DAN KEGIATAN MASJID KARIAH SAYA

ABSTRAK :


       Masjid merupakan tempat pertemuan bagi umat Islam. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Masjid. Namun, masih terdapat individu di yang berfikiran sempit dengan menganggap masjid hanyalah bertujuan sebagai tempat beribadah sahaja. Pendapat bahawa segala urusan ibadah hanya dilaksanakan di masjid sama sekali bercanggah dengan peranan sebenar masjid. Anggapan ini haruslah dikikis dengan segera dari masyarakat. Masjid perlu lah berfungsi bukan sahaja tempat beribadah tapi juga sebagai tempat penyebaran ilmu seperti pendidikan dan pengajian keagamaan dan tempat bermusyawarah bagi membicarakan kepentingan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Dalam era globalisasi ini, ramai umat Islam kini semakin jauh dengan institusi ini akibat kelalaian dalam mengejar perkara duniawi. Pembinaan sesebuah masjid merupakan sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan wajib mengimarahkannya. 


Sabda Rasullullah(s.a.w);
“Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga”. (Riwayat Bukhari).


      Masjid adalah lambang syiar Islam dan kedaulatannya, ia merupakan tempat yang menghubungkan antara hamba dan penciptaNya. Pembinaan sebuah masjid menunjukkan masjid memainkan peranan besar dan agung kepada umat Islam sebagai pusat perkembangan Islam. Secara umumnya kini, masjid tidak digunakan ke tahap paling optimum memandangkan hanya mendapat tempat apabila sambutan-sambutan tertentu diadakan sebagai contoh Maulidur Rasul,perarakan berkhatan, ketika mengadakan korban, urusan akad nikah dan sembahyang Jumaat serta Tarawih. Suasana di kawasan masjid kian lengang ditelan arus masa. Jumlah makmum yang datang memakmurkan masjid semakin berkurangan ditambah dengan kurangnya atau tiada jemaah muda mengimarahkan masjid di sesetengah kawasan. Umat Islam akan berdepan kepada kurangnya pewaris yang akan mewarisi teraju sesebuah masjid kelak akibat kurangnya minat golongan muda untuk mendekatkan diri dengan institusi ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu meningkatkan penglibatan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid dalam usaha untuk meningkatkan taraf masjid ke tahap kegemilangannya.



PENDAHULUAN


       Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya dapat lah saya menyiapkan tugusan CTU 551 ini. Tujuan blog ini diterbitkan adalah bagi memenuhi kehendak silibus dalam matapelajaran CTU 551 yang saya pelajari pada sem ini dengan bantuan pensyarah saya yang bernama Ustaz Abd Aziz Bin Harjin. Setelah sekian lama berfikir, saya telah memilih tajuk 'Sejarah penubuhan dan kegiatan masjid kariah saya'. Saya memilih tajuk ini kerana agak mudah bagi saya mendapatkan maklumat berkaitan masjid. Bagi memenuhi kehendak tajuk yang saya pilih ini, saya telah memilih Masjid Ar Rahman iaitu masjid di kawasan saya. Serba sedikit maklumat berkenaan masjid ini saya tulis dalam blog ini. Daripada pembinaannya hingga ia digunakan pada masa sekarang. Marilah kita sama sama menghayati dan mengenali serba sedikit tentang masjid ini. Wallahualam...



KONSEP

KONSEP MASJID

         Masjid (مسجد) adalah rumah tempat ibadah umat Islam. Masjid bermaksud tempat sujud, masjid yg kecil pula disebut musholla, langgar atau surau. Masjid tidak ada bentuk yang tetap kerana ia bergantung kepada cara hidup, adat dan senibina setempat. Di Malaysia bentuk masjid yang berkubah adalah mengikut senibina dari india/timur tengah. Terdapat pertikaian dalam takrif masid. Ada segelintir yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk bersolat Jumaat melebihi tiga kali.


Imam Az-Zarkasyi berkata:


“ Kalau seseorang berkata: “Aku jadikan kawasan tanah ini sebagai masjid', maka menurut kitab Al-Wajiz jadilah ia masjid walaupun dia tidak menyebut lafaz wakaf.” (I’lam As-Sajid bi Ahkam Al-Masjid:396)


    Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Az-Zarkasyi di atas, sekiranya keseluruhan tanah yang diperuntukkan itu telah diwartakan(digazetkan) atau diniatkan sebagai masjid, maka jadilah kesemua tanah yang diniatkan itu masjid, walaupun bangunan masjid belum didirikan. Tetapi jika diwakafkan sebagai masjid hanya setakat bangunannya sahaja, maka itulah sahaja yang dianggap sebagai masjid, manakala bakinya adalah sebagai harim masjid atau tanah simpanan unutuk masjid dan lain-lain keperluan masjid. Oleh itu, kawasan atau perkarangan, halaman, lapangan dan lingkungan masjid tidak dianggap sebagai masjid. Ini berdasarkan pengertian masjid dari sudut istilah dan pengertian perkataan kawasan.


         Terdapat 3 masjid utama yang dimuliakan oleh umat Islam iaitu Masjidil HaramMasjid Nabawi, dan Masjid Al-Aqsa. Masjidil Haram adalah merupakan masjid yang paling mulia. Masjid yang terletak di Makkah ini dibina mengelilingi Kaabah iaitu Qiblat bagi umat Islam apabila mengerjakan solat. Masjid Nabawi/Masjid Nabi pula adalah masjid pertama dibina oleh Rasulullah S.A.W. Masjid ini dibina di Madinah yang menjadi pusat kegiatan masyarakat pada masa tersebut. Masjid Al-Aqsa pula terletak di Baitulmuqaddis Timur di Paletin. Kawasan ini merupakan kawasan pertelingkahan yang ditadbir sebahagiannya oleh Israel tetapi dituntut oleh Palestin. Masjid ini menyaksikan kejadian bersejarah kepada umat Islam dimana Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Isra' dan Mi'rajSelain menjadi tempat ibadah, masjid juga merupakan pusat kehidupan masyarakat di sekitarnya. Masjid bukan sahaja menjadi tempat bersolat bahkan menjadi pusat kegiatan perayaan, perbincangan, kajian agama, ceramah, dan pusat pendidikan Al Qur'an. Bahkan dalam sejarah Islam, masjid turut memegang peranan dalam aktiviti sosial kemasyarakatan dan ketenteraan.

HURAIAN

SEJARAH

MASJID AR-RAHMAN (baru)


View Larger Map
           Masjid ini terletak di Bukit Badong, 7km dari pekan Btg. Berjuntai. Nama Ar-Rahman ini di ambil sempena asma Allah (الرحمن) yang bermaksud maha pemurah. Masjid ini mula dibina pada awal 1987 dan siap pada penghujung 1989 dengan kos sebanyak RM400,000. Masjid ini dibina bagi menggantikan masjid yg sedia ada iaitu masjid Ar Rahman(lama). Oleh kerana tidak mahu penduduk keliru, maka masjid ini di beri nama lain iaitu Masjid Ar-Rahman lama dan Masjid Ar-Rahman baru. Masjid Ar-Rahman lama dibina menggunakan kayu yg dan dibina atas tanah wakaf. Umur masjid ini sudah menjangkau hampir puluhan tahun. Oleh itu, pembinaan masjid baru ini diharap dapat menampung keperluan penduduk kg. yang semakin bertambah.
MASJID AR-RAHMAN LAMA

MASJID AR-RAHMAN BARU

            Masjid Ar Rahman baru ini mempunyai 3 kubah berwarna keemasan, 2 pada bangunan utama dan 1 lagi pada menaranya. Menara yang setinggi lebih kurang 50 meter ini menempatkan speaker yang digunakan untuk memancarkan suara ketika azan.


DALAMAN MASJID




            Di dalam masjid ini terdapat sebuah mimbar yang menjadi tempat bagi imam membacakan khutbah pada hari hari tertentu seperti hari jumaat. Terdapat juga sebuah jam antik yang masih berfungsi, dan juga jam digital yang menunjukkan masa semasa serta waktu waktu solat. Rak rak buku pula ditempatkan di hadapan dan sisi masjid. Rak ini menempatkan Al-Quran, kitab kitab dan juga buku buku agama.


LAMPU KRISTAL
          Di tengah masjid ini tergantungnya sebuah lampu kristal yang menerangi dan mengindahkan masjid ini

SEBAHAGIAN TEMPAT WUDUK
            Diluar masjid ini pula terdapat tempat berwudu. Ia dibina agak luas supaya dapat menampung jemaah yang ramai. Di sisi tempat wuduk ini terdapat sebuah kentong yang berfungsi sebagai beduk yang masih digunakan hingga sekarang. Di belakang tempat wuduk ini terdapat tempat bagi memandikan mayat yang digunakan jika terdapatnya kematian.

VAN JENAZAH
           Pada tahun 2005, sebuah garaj dibina yang menempatkan sebuah van jenazah dan sebuah keranda. Ia dibina bagi memudahkan urusan pengkebumian jenazah.



           Masjid ini juga mempunyai tanah perkuburan sendiri yang di wakaf atas nama Masjid Ar-Rahman. Tapak tanah perkuburan ini terletak tidak jauh dari masjid baru yang telah digunakan sejak dahulu lagi.




PERPUSTAKAAN
PEJABAT

           







            





           Seiring dengan pentingnya penyebaran ilmu, pada tahun 2007 sebuah perpustakaan mini dan pejabat dibina. Perpustakaan ini menempatkan pelbagai buku ilmiah dan sebuah komputer yang dapat digunakan oleh penduduk untuk mencari maklumat. Pejabat pula menjadi pusat pentadbiran kepada AJK masjid tersebut. 

AJK

            Masjid ini di tadbir oleh beberapa orang ajk. Ajk ini ditugaskan untuk mengendalikan kegiatan kegiatan yang dijalankan berkaitan masjid ini.


AHLI JAWATAN KUASA MASJID
           Ajk mempunyai tugas masing masing. 3 orang bilal dan imam ditugas kan secara bergilir gilir untuk mengetuai solat berjemaah. No telefon diberikan bagi memudahkan ajk dan penduduk berkomunikasi


KEGIATAN

             Kegiatan masjid ini boleh dipecahkan kepada tiga kegiatan iaitu kegiatan harian, bulanan dan juga tahunan.

KEGIATAN HARIAN

             Dalam hari2 biasa. masjid ini menjalankan kegiatan solat berjemaah. subuh,zohor,asar,maghrib dan isya'. Azan akan dilaungkan bagi menandakan masuknya waktu dan bagi menyeru umat islam menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Bilal yang bertugas akan melaungkan azan dan Imam pula akan mengimamkan para jemaah. Pada sebelah petang dan malam pula diadakan kelas agama dan kelas membaca Al-Quran. Kelas ini diajar oleh guru yang mengajar secara sukarela. 

KEGIATAN BULANAN

             Bagi bulanan pula diadakan kegiatan gotong royong. Gotong royong ini di anjurkan oleh masjid bagi membersihkan kawasan sekitar masjid ini.  Selain itu. masjid ini juga menjalankan ceramah dan majlis ilmu. Para penceramah di jemput khas dari kariah lain. Pelbagai jenis ceramah disampaikan kepada para penduduk setempat


KEGIATAN BULANAN

              Terdapat banyak kegiatan yang dilakukan pada bulan bulan tertentu. Pada bulan ramadhan, diadakan solat sunat terawih secara berjemaah. Sebelum itu, majlis berbuka puasa dijalankan untuk semua jemaah. Diadakan juga ceramah/kuliah khas yang menyeru penduduk meningkatkan ibadat terutama sekali pada penghujung ramadhan. Pada 1 syawal, diadakan pula solat sunat hari raya dan pada hari tersebut juga merupakan hari terahkir bagi mengumpul zakat. Ibadah qurban juga diadakan pada setiap 10 Dhulhijjah. Lembu,kambing atau kadang kala unta yang di qurban diagihkan kepada penduduk islam setempat.


TABUNG DERMA ANAK2 YATIM



                Selain kegiatan ini, masid ini juga menjaankan kutipan derma. Selain kutipan untuk masjid, diadakan juga kutipan derma yang disalurkan kepada rumah anak anak yatim dan orang yang memerlukannya.


PENUTUP

        Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita hendaklah bersama-sama bersatu padu bagi membangunkan dan memantapkan institusi masjid di negara kita. Identiti sesebuah masjid haruslah dipertingkatkan ke tahap membanggakan dalam usaha untuk memartabatkannya. Umat Islam di negara ini perlulah mengimarahkan masjid memandangkan solat itu merupakan tiang agama. Masjid tidak patut dipandang sepi oleh masyarakat memandangkan ia boleh dijadikan tempat pertemuan umat Islam untuk merapatkan ukhuwah sesama insan malah boleh memelihara hubungan silaturrahim. Kurangnya jumlah makmum yang memakmurkan masjid haruslah ditangani ke akar umbi bagi mengenal pasti masalah yang menyebabkannya. Oleh itu, diharapkan masjid boleh menjadi tempat pertemuan masyarakat dengan pelbagai aktiviti bermanfaat dijalankan antaranya sebagai pusat menjana ilmu dan ekonomi masyarakat setempat di masa akan datang.






RUJUKAN


Pensyarah : Abd Aziz bin Harjin
                 Pensyarah Tamadun Islam
                 Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (CITU)
                 Universiti Teknologi MARA Perlis
                 02600 Arau
                 PERLIS


Website

Keyword    : Mosque
               : mimbar
               Isra' dan Mi'ra

Islamic centre


No comments:

Post a Comment